Bendlerblock

Bahagian depan bangunan di Landwehr Canal

Bangunan Bendlerblock adalah sebuah kompleks di daerah Tiergarten Berlin, Jerman, yang terletak di Stauffenbergstraße (dahulunya dinamakan Bendlerstraße). Di bina pada tahun 1914 sebagai ibupejabat beberapa markas Tentera Laut Imperial Jerman (Kaiserliche Marine), ia bertindak sebagai Kementerian Reichswehr selepas Perang Dunia I. Diperbesarkan dengan ketara dibawah pemerintahan Nazi, ia telah digunakan oleh beberapa jabatan Oberkommando der Wehrmacht (OKW) dari tahun 1938, terutamanya Oberkommando des Heeres dan agensi perisikan Abwehr.

Bangunan tersebut terkenal sebagai markas kumpulan penentang dari pegawai-pegawai Wehrmacht yang melaksanakan Plot 20 Julai terhadap Adolf Hitler pada tahun 1944. Selepas para pemimpin konspirasi itu dengan serta-merta di tembak di kawasan halaman, Bendlerblock juga memasukkan Memorial untuk Penentang Jerman. Sejak tahun 1993, kompleks bangunan tersebut menjadi ibu pejabat kedua Kementerian Pertahanan Persekutuan Jerman.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search